Praktikal Minggu Pertama (17 Jun - 21 Jun)

Assalamualaikum..
Pada minggu pertama, mereka telah memberi penerangan dan pengenalan bagaimana cara mereka menjalankan tugas. Di sini mereka melaksanakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan ceria. Amalan ini juga meningkatkan motivasi dan memperkukuhkan amalan kerjasama serta budaya kerja positif dan berkualiti serta membentuk dan mempamerkan imej organisasi yang lebih efisyen dan produktif. Segala penerangan boleh dirujuk di Buku Panduan Amalan 5S.


Buku Panduan Amalan 5S
 Tugasan yang diberi adalah menyusun kertas mengikut jenis di stor. Kertas A4 putih dan berwarna diasingkan bagi memudahkan pencarian. Merekod Laporan Kedatangan Kakitangan MPBP bagi bulan Mei 2013 serta memasukkan data laporan ke dalam komputer.

"Key-in" data Laporan Kedatangan Bulan Mei
Tugasan seterusnya ialah fotostat kertas dan merekod setiap kemasukan barang ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang (Tatacara Pengurusan Stor 43). Kemudian, merekod dan menyusun Laporan Pengawal yang bertugas menjaga keselamatan bangunan dan memasukkan laporan tersebut ke dalam fail mengikut tarikh dan bulan. Mengemaskinikan fail-fail di stor dengan menyusun di tempat yang telah disediakan dan dilabelkan. Merekod aduan-aduan daripada pengadu ke dalam Borang Aduan dan diserahkan kepada bahagian atau unit yang berkenaan. Membantu dalam melaksanakan amalan 5S seperti mengemas pejabat. Untuk pengetahuan, di MPBP pada setiap hari Jumaat akan mengadakan Budaya Al-Quran untuk kakitangan MPBP dan pelajar praktikal pada waktu pagi.
Kemahiran yang saya pelajari pada minggu pertama ialah cara penyusunan fail-fail dan barang-barang pejabat dengan kemas dan tersusun, mengetahui cara penggunaan mesin fotostat dan mengaplikasikan amalan 5S supaya persekitaran di tempat kerja ceria dan selamat.

Impak dan kesannya, saya telah mempelajari dan mengetahui bagaimana cara perlaksanaan kerja dijalankan.

Terima Kasih ^^

Ringkasan Mingguan


Bab ringkasan aktiviti latihan industri ini akan menerangkan berkaitn rumusan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri di organisasi tertentu sama ada kerjaan ataupun swasta. Rumusan ini dibuat bermula dari minggu pertama hingga minggu ke-20. 

Saya Nur Arisha binti Kamisan pelajar jurusan Sains Kesetiausahaan dari Politeknik Mersing Johor. Kini saya pelajar Sem 4 yang sedang menjalani latihan industri di sebuah badan kerajaan iaitu MPBP @ Majlis Perbandaran Batu Pahat. Saya telah ditempatkan di Unit Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan. 

Saya telah diserahkan kepada En. Aripin bin Jelani, Pembantu Tadbir N22 yang menjadi penyelia selama saya menjalani latihan industri. Saya telah diberi tugas untuk membantunya membuat kerja serta membantu kakitangan lain. Banyak pengalaman yang saya perolehi ketika membuat latihan industri di sini. 


Jabatan Khidmat Pengurusan

Objektif 
  • Bertanggungjawab atas urusan personel seperti hal-hal latihan, perkhidmatan dan perjawatan.
  • Bertanggungjawab atas urusan-urusan pentadbiran am seperti surat menyurat, fail-fail, pengurusan bekalan dan sebagainya.
  • Urusan mesyuarat Majlis, Jawatankuasa Majlis Mesyuarat.
  • Memberikan Khidmat Perhubungan Awam.
  • Menguruskan perkhidmaran pentadbiran harian Majlis.
  • Mengurus dan mengemaskini sistem malumat Majlis.
  • Memainkan peranan yang penting dalam mengawasi setiap urusan pentadbiran agar mempunyai hubungkait yang rapat dengan jabatan lain.

Fungsi
  • Menyelaras surat-surat, fail-fail jabatan direkod dan disimpan dengan sempurna dan teratur.
  • Mengurus dan menyelaras surat panggilan mesyuarat dan maklumbalas, minit mesyuarat dna merujuk fail-fail kepada pegawai-pegawai berkaitan untuk hadir masyuarat dan merekodkan dalam daftar rekod mesyuarat.
  • Mengawal dan menguruskan kewangan jabtan mengikut peruntukan yang telah diluluskan oleh Sistem.
  • Memastikan anggota mengikut segala panduan dan arahan kerajaan.

Carta Organisasi


Piagam Pelanggan Jabatan Khidmat Pengurusan

Bertanggungjawab untuk memberi pelbagai kemudahan dan perkhidmatan berkualiti bagi merealisasikan pencapaian ke arah keunggulan, kegemilangan dan kecemerlangan Majlis Perbandaran Batu Pahat sesuai dengan slogan "MAJU DAN SEJAHTERA". Kami memberi jaminan dan berusaha :-

  1. Memastikan utusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan perlanjutan tempoh percubaan aan diambil tindakan susulan 5 hari selepas Panel Lembaga Pelantikan bersidang.
  2. Menguruskan penempatan wargakerja dalam tempoh 1 hari dari tarikh pegawai melaporkan diri.
  3. Memastikan proses dokumen pra persaraan disediakan dalam tempoh 2 tahun sebelum tarikh persaraan.
  4. Menguruskan persediaan awal program latihan dalaman (in-house training) yang berjadual sekurang-kurangnya 5 hari sebelum bermula.
  5. Memproses permohonan kursus anjuran agensi luar dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima kelulusan Ketua Jabatan.
  6. Menguruskan dan menganjurkan kursus dalaman sekurang-kurangnya 6 kali setahun.
  7. Menyediaan keputusan mesyuarat / minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada ahli mesyuarat dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.
  8. Mengemaskini senarai perjawatan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh perubahan perjawatan.
  9. Memproses pengisian jawatan kosong dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan.
  10. Mengemaskini rekod perkhidmatan dan rekod cuti wargakerja dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh penyerahan dokumen perubahan diserahkan.
  11. Menghantar Akuan Penerimaan Aduan secara bertulis melalui kad maklumbalas dalam tempoh (3) hari selepas aduan diterima.
  12. Memaklumkan hasil tindakan keatas aduan kepada pengadu dalam tempoh (14) hari selepas penerimaan aduan (bergantung kepada jenis masalah dan cara penyelesaiannya).

Latar Belakang Syarikat




Misi MPBP
  • Memastikan pengurusan dan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Merancang pembangunan holistik.
  • Merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.
  • Membina masyarakat yang berdisiplin, berilmu, berbudaya, berwawasan, prihatin, penyayang, sihat dan cergas.

Visi MPBP

"Ke Arah Perbandaran Maju dan Sejahtera.."


Fungsi MPBP

Pengurusan yang berasaskan profesionalisme menjadi dasar jentera pentadbiran MPBP bagi memperlihatkan pembangunan yang dirancang dilaksana sewajarnya demi menjamin khidmat terbaik kepada masyarakat. Oleh itu, MPBP menggariskan matlamat jangka panjangnya bagi menyempurnakan komitmen terhadap perkhidmatannya iaitu:

  • Memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan pembayar cukai terutamanya dari segi kesihatan dan keselesaan hidup.
  • Melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan pusat, negeri dan tempatan.
  • Semua cukai yang dipungut akan diuruskan sebaik-baiknya bagi tujuan pengurusan, pembiayaan projek pembangunan, perkhidmatan dan penyelenggaraan kemudahan awam unutk memenuhi keperluan warga perbandaran.
  • Perancangan bandar, kawalan serta menentukan arah pembangunan yang lebih teratur dan bersistematik untuk mencapai matlamat perbandaran yang maju dan sejahtera.
  • Menerapkan nilai kasih sayang alam sekitar dalam setiap perancangan dan pembangunan yang dijalankan selaras dengan Doktrin Perancangna Manusia Sejagat yang menjadi dasar kerajaan.

Kemajuan dan kesejahteraan yang menjadi tonggak perjuangan seluruh warga kerja MPBP dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesannya dapat dirasai oleh semua khususnya dari aspek pembangunan fizikal, ekonomi, mental dan rohani.


CARTA ORGANISASI MPBP






Objektif Latihan Industri & Objektif Laporan Latihan Industri

Objektif utama Latihan Industri adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian kelak. Ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pekerjaan sebenar yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi dan menilai kebolehan pelajar.

Antara tujuan lain Latihan Industri boleh dinyatakan seperti berikut:
  1. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
  2. Menambah pengalaman pelajar dalam bidang pekerjaan berkenaan agar mereka tidak terasing dan sentiasa berkeyakinan diri apabila menceburi alam pekerjaan kelak.
  3. Memberi peluang kepada pelajar mengaitkan teori-teori praktikal dengan modul yang telah dipelajari di Politeknik.
  4. Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru.
  5. Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi.
  6. Menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab.
_________________________________________________________________________________


Objektif utama laporan Latihan Industri adalah untuk merekod / mencatat tugasan yang telah diberi ke dalam jurnal refleksi. Buku laporan tersebut berperanan sebagai rujukan pada masa hadapan. Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dipertimbangkan melalui laporan yang dibuat oleh pelajar.

Buku jurnal refleksi juga menjadi bukti kepada latihan dan tugasan yang telah diberi. Setiap tugasan yang diberi dan dilakukan oleh pelajar akan direkodkan ke dalam buku jurnal. Dengan hasilnya buku tersebut, pihak politeknik dan firma dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi yang ditonjolkan oleh pelajar. Laporan yang baik boleh digunakan dalam temuduga kerjaya.