Praktikal Minggu KeLimabelas (23 Sept - 27 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 15 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam serta lampirannya dan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Fotostat dan "binding" buku lawatan Mesyuarat Penuh ke Kuching, Sarawak serta fotostat keratan akhbar mengenai pasar borong di Batu Pahat untuk lampiran.

Mengira dan merekod stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53) bagi setiap keluar masuk barang di kad petak. Pengiraan dan merekod alat tulis mestilah berpandukan fail Borang Permohonan Stok KEW PS-11, Borang Terimaan Barang-Barang Stok KEW PS-1 (Tatacara Pengurusan 143) dan kad petak (kad hijau).

Fail  KEW PS-11, KEW PS-1 dan Kad Petak
Cara Pengiraan stok alat tulis
Tugasan seterusnya, memasukkan data borang pengesahan penyertaan Mesyuarat Penuh & MBJ MPBP di Kuching, Sarawak dan mencari maklumat pekerja MPBP untuk insurans penerbangan ke Kuching. Kemudian menghantar faks ke Passage Tours & Travel Sdn. Bhd. dan membuat pengesahan faks yang dihantar telah diterima.

Senarai peserta Lawatan Mesyuarat Penuh ke Kuching, Sarawak
Seterusnya, menghadiri budaya Al-Quran pada Jumaat pagi. Memasukkan data kehadiran mengaji bagi bulan Julai 2013.

Kehadiran mengaji bulan Julai 2013

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara menguruskan insurans penerbangan ke Kuching, Sarawak dan mengetahui cara pencarian maklumat pekerja MPBP.


Impak dan kesannya, setiap pengurusan kerja yang dijalankan mestilah betul dan tepat.

Terima kasih ^^





Praktikal MInggu KeEmpatbelas (16 Sept - 21 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 14 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam serta lampirannya dan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Merekod dan memasukkan data Baucer Bayaran Khairat 2012 dan 2013.

Baucer Bayaran Khairat 2012 dan 2013
Tugasan seterusnya, faks surat kepada pembekal alat tulis. Mengira dan merekod stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53).

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah cara merekod Baucer Bayaran Khairat untuk kakitangan MPBP bagi 2012 dan 2013, cara menggunakan mesin faks surat dan mengira dan merekod keluar masuk stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53).

Impak dan kesannya, sebarang transaksi keluar masuk barang perlulah direkod bagi memudahkan proses penyemakkan stok.

Terima kasih ^^

Praktikal Minggu KeTigabelas (9 Sept - 13 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 13 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam dan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Memasukkan data bagi Laporan Kedatangan Kakitangan bagi bulan Ogos 2013.

Fail Laporan Kedatangan Kakitangan MPBP Ogos 2013
Tugasan seterusnya, menghantar surat memo ke jabatan lain. Menulis nama kakitangan MPBP bagi Laporan Kehadiran Bertugas Wargakerja bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2013. Kemudian laporan ini akan diserahkan kepada nama yang tentera di laporan tersebut.

Menulis nama kakitangan MPBP bagi Laporan Kehadiran Bertugas Wargakerja

Laporan Kehadiran Bertugas Wargakerja bagi bulan Mei, Jun dan Julai
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara membuat laporan kehadiran bertugas wargakerja.
Impak dan kesannya, semua warga kerja adalah dikehendaki mengetik waktu hadir dan pulang bertugas setiap hari.

Terima kasih ^^


Praktikal Minggu KeDuabelas (2 Sept - 6 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 12 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam dan diserahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut. Mengira transaksi stok alat tulis, merekod barang ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang (Tatacara Pengurusan Stor 143) dan membuat Laporan Kehadiran Bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai.

Laporan Kehadiran Bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai

Lampiran kehadiran bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara mengira transaksi stok alat tulis dan mengetahui cara merekod Borang Terimaan Barang-Barang.

Impak dan kesannya, sebarang transaksi keluar masuk barang perlulah direkod untuk memudahkan proses penyemakkan stok.

Terima kasih ^^

Praktikal Minggu KeSebelas (26 Ogos - 31 Ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 11 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam dan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Membuat sepanduk untuk Hari Kemerdekaan yang ke 56.

Tugasan seterusnya, menyemak dan mengira transaksi stok alat tulis. Menyemak dan mengira invois serta sebut harga alat tulis. 

Mengira invois dan sebut harga alat tulis
Kemudian, menghadiri Budaya Al-Quran pada pagi Jumaat, menghantar fail ke jabatan lain dan menghadiri Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 56 Peringkat Daerah Batu Pahat.

Memo Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 56 Tahun 2013 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah lebih mengetahui cara pengiraan transaksi stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53) dan mengetahui cara pengiraan invois dan sebut harga untuk stok alat tulis.

Impak dan kesannya, apabila berada di alam pekerjaan kelak ia memudahkan kita untuk melakukan proses pengiraan stok.

Terima kasih ^^

Praktikal Minggu KeSepuluh (19 Ogos - 23 Ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 10 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini adalah merekod kedatangan kakitangan MPBP bagi bulan Julai 2013 dan merekod data kedatangan kakitangan MPBP.

Selepas merekod kedatangan kakitangan MPBP, masukkan data ke dalam komputer 
Kemudian, menghantar fail mesyuarat ke jabatan lain, fotostat Borang Aduan Awam dan serahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Merekod kad kawalan stok alat tulis bagi keluar masuk barang dari kad petak (kad hijau). Selepas merekod, mengira transaksi stok alat tulis supaya segala keluar masuk barang seimbang dengan kos yang dibelanjakan untuk membeli barang alat tulis.

Merekod kad kawalan stok alat tulis

Mengiran transaksi stok alat tulis
Tugasan seterusnya, mengambil barang di stor majlis, menyemak Pembayaran Elaun Petugas Polis Pengiring KTM PRU-13 dan menyisihkan alat tulis yang tidak boleh digunakan atau rosak.

Senarai nama Petugas Polis Pengiring KTM (HONORARIUM) PRU-13

Menulis setiap nama petugas di sampul surat 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara merekod kad kawalan stok bagi keluar masuk stok alat tulis, mengetahui cara mengira transaksi stok alat tulis dan mengetahui cara menyisihkan alat tulis yang tidak boleh digunakan atau rosak.

Impak dan kesannya, keluar masuk barang atau stok alat tulis mestilah direkod ke dalam kad kawalan stok kemudian mengira transaksi stok untuk mengetahui jumlah kuantiti dan harga keluar masuk barang.

Terima Kasih ^^

Praktikal Minggu KeSembilan (12 Ogos - 16 Ogos)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 9 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberikan pada minggu ini ialah merekod laporan kedatangan kakitangan MPBP bulan Julai 2013. Selepas merekod, masukkan data ke dalam komputer.

Fail Laporan Kedatangan Kakitangan MPBP Julai 2013
Merekod Kedatangan Kakitangan MPBP  
Untuk makluman, pada 12 Ogos 2013 hingga 14 Ogos 2013 saya tidak bekerja kerana cuti Hari Raya Aidilfitri. 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara merekod kedatangan kakitangan MPBP.

Impak dan kesannya, setiap kehadiran kakitangan yang datang lewat atau tidak mengetik waktu datang mahupun waktu balik akan direkodkan ke dalam buku Kedatangan Bulanan.

Terima Kasih ^^

Praktikal Minggu KeLapan (5 Ogos - 9 Ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 8 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam dan borang itu akan dimasukkan ke dalam fail. Kemudian, borang itu akan diberikan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara penggunaan mesin fotostat.

Impak dan kesannya, cara penggunaan mesin fotostat perlulah dititikberatkan bagi memudahkan sesuatu kerja dijalankan.

Untuk makluman, pada 6 Ogos hingga 9 Ogos 2013, tidak bekerja kerana cuti semperna Hari Raya Aidilfitri.

Terima Kasih ^^

Praktikal Minggu KeTujuh (29 Julai - 2 Ogos)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 7 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah memasukkan data kehadiran Budaya Al-Quran bagi bulan Julai 2013.

Kehadiran Budaya Al-Quran bagi bulan Julai
Tugasan seterusnya ialah fotostat Borang Aduan Awam, menghantar fail mesyuarat ke jabatan lain, menghadiri Budaya Al-Quran pada pagi Jumaat, menyusun stok alat tulis mengikut jenis, mengagihkan stok alat tulis yang telah dipesan dan faks surat kepada pembekal alat tulis.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara penggunaan mesin faks dan cara penyusunan alat tulis di stor mengikut jenis dan tempat.

Impak dan kesannya, setiap butiran pada surat yang hendak difakskan hendaklah jelas.

Terima Kasih ^^

Praktikal Minggu KeEnam (22 Julai - 26 Julai)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 6 saya menjalani latihan industri di MPBP ini. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini adalah mengemaskinikan Laporan Jaga Keselamatan bulan Julai 2013 dan memasukkan laporan tersebut ke dalam fail Laporan Jaga Keselamatan mengikut tarikh dan bulan. Mengaplikasikan amalan 5S dan melabel rak-rak fail di stor.

Tugasan seterusnya, menyemak dan mengecop kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (Kadar Bayaran Elaun Perjalanan Petugas-Petugas Pilihan Raya Umum secara Lump Sum) untuk diberikan kepada YDP Majlis Daerah Batu Pahat untuk pengesahan. 

Menyemak Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan

Cop untuk pengesahan di bahagian Surat Perlantikan

Cop untuk pengesahan
Selain itu, menghadari Budaya Al-Quran pada hari Jumaat pagi dan memasukkan data kehadiran Budaya Al-Quran Bulanan.

Kehadiran Budaya Al-Quran 
 Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara mengemaskinikan Laporan Jaga Keselamatan ke dalam fail, mengetahui cara membuat pengesahan bagi Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri dan cara memasukkan data kehadiran Budaya Al-Quran Bulanan.

Impak dan kesannya, sebarang permohonan atau borang yang memerlukan pengesahan perlulah disemak dahulu butir-butirnya bagi mengelakkan berlakunya kesalahan.

Terima Kasih ^^