Penghargaan & Pengenalan

Penghargaan

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapakan Laporan Latihan Industri ini.

 Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Majlis Daerah Batu Pahat, di Unit Pentadbiran Am diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di pejabatnya.

Terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan MPBP dan di Unit Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan terutamanya En. Aripin yang bertindak sebagai pegawai tadbir dan penyelia serta staf di unit tersebut yang mana telah banyak memberi tunjuk ajar serta panduan.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di Politeknik Mersing Johor amnya, Puan Baizura yang telah banya memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga saya menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dalam mengharungi segala cabaran menjalani latihan ini.

Akhir kata, hanya kepada Allah swt sahaja saya serahan segala urusan, semoga kita semua diberi taufik dan hidayat.
Sekian, terima kasih.

_________________________________________________________________________________

Pengenalan

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta. Tempoh yang ditetapkan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama enam bulan.