Praktikal MInggu KeLima (15 Julai - 19 Julai)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 5 saya menjalani latihan industri di MPBP ini. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini adalah merekod laporan kedatangan kakitangan MPBP untuk bulan Jun 2013.

Fail Kedatangan Kakitangan MPBP bulan Jun 2013
Merekod Kedatangan Kakitangan MPBP 
Selepas merekod, memasukkan data ke dalam komputerTugasan seterusnya, mengaplikasikan amalan 5S di pejabat, fotostat kertas dan menghantar fail ke setiap jabatan. Kemudian menghadiri Budaya Al-Quran pada waktu pagi dan menampal "sticker" MPBP di kad Sentuhan Qalbu semperna bulan Ramadhan.
Menampal "sticker" di Kad Sentuhan Qalbu 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara merekod laporan kedatangan kakitangan dan memasukkan data ke dalam komputer serta mengaplikasikan amalan 5S.

Impak dan kesannya, cara perlaksanaan kerja dan kualiti kerja mesti diutamakan dan dititikberatkan.

Terima Kasih ^^



Praktikal Minggu KeEmpat (8 Julai - 12 Julai)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk 4 minggu saya menjalani praktikal di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah berkenaan dengan 5S iaitu melabel fail dan buku di stor alat tulis. Menyusun  fail-fail di tempat yang telah disediakan dan menyusun stok alat tulis mengikut jenis di tempat yang telah disediakan. Selain itu, fotostat kertas untuk kegunaan pejabat. 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengaplikasikan amalan 5S di pejabat dan mengetahui cara penggunaan mesin fotostat.

Impak dan kesannya, setelah memasuki alam pekerjaan kelak, kita haruslah pandai mengaplikasikan amalan 5S.

Terima Kasih ^^

Praktikal MInggu KeTiga (1 Julai - 5 Julai)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 3 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan untuk minggu ini ialah menjalankan amalan 5S seperti mengemas pejabat, membuat label-label nama untuk fail dan rak di stor. Fotostat kertas-kertas dan menghantar fail mesyuarat kepada setiausaha untuk pengesahan. Pada malam Rabu, 3 JULAI 2013, MPBP telah mengadakan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

Memo Malam Majlis Jasamu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPBP

Malam Majlis Jasamu Dikenang 
Tugasan seterusnya, menghadiri budaya Al-Quran pada sebelah pagi Jumaat, membuat muka depan untuk buku penghantar notis N3 dan menulis nama untuk pembayaran elaun petugas (Honorarium) PRU-13 di sampul. 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara penyusunan fail mengikut jenis dan mengaplikasikan amalan 5S di pejabat.

Impak dan kesannya, cara penyusunan fail-fail adalah penting bagi memudahkan pencarian fail di tempat kerja nanti.

Terima Kasih ^^

Praktikal Minggu KeDua (24 Jun - 28 Jun)

Assalamualaikum.. 
Kini telah masuk 2 minggu saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi ialah membuat label-label untuk rak- rak fail dan buku. Ini adalah untuk memudahkan lagi pencarian fail-fail dan buku-buku di pejabat.

Label-Label untuk rak fail dan buku
Tugasan seterusnya ialah fotostat kertas, merekod setiap kemasukan barang ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang (Tatacara Pengurusan Stor 43). Membuat carta aliran bagi cara-cara permohonan bekalan alat tulis,  mengefaks senarai bekalan alat tulis kepada pembekal. Menyalin semula surat pengesahan kehadiran Bengkel Verifikasi.

Surat Pengesahan Kehadiran Bengkel Verikasi
 Kemudian menghantar memo penyertaan Jelajah 1 Malaysia ke setiap jabatan untuk pelajar praktikal, mengemas pejabat untuk 5S dan menyertai Jelajah 1 Malaysia, Jelajah Rakyat. Jelajah 1 Malaysia yang diadakan selama 2 hari di Stadium Batu Pahat dan kami diwajibkan untuk menyertai program tersebut.

"Flyers" Jelajah Malaysia Jelajah Rakyat 2013
 Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ialah mempelajari dan mengetahui format penulisan surat serta cara menggunakan mesin faks.

Impak dan kesannya, persekitaran di tempat kerja perlu diutamakan. Dengan itu, wujudnya amalan 5S.

Terima Kasih ^^