Praktikal MInggu KeTiga (1 Julai - 5 Julai)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 3 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan untuk minggu ini ialah menjalankan amalan 5S seperti mengemas pejabat, membuat label-label nama untuk fail dan rak di stor. Fotostat kertas-kertas dan menghantar fail mesyuarat kepada setiausaha untuk pengesahan. Pada malam Rabu, 3 JULAI 2013, MPBP telah mengadakan Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

Memo Malam Majlis Jasamu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPBP

Malam Majlis Jasamu Dikenang 
Tugasan seterusnya, menghadiri budaya Al-Quran pada sebelah pagi Jumaat, membuat muka depan untuk buku penghantar notis N3 dan menulis nama untuk pembayaran elaun petugas (Honorarium) PRU-13 di sampul. 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara penyusunan fail mengikut jenis dan mengaplikasikan amalan 5S di pejabat.

Impak dan kesannya, cara penyusunan fail-fail adalah penting bagi memudahkan pencarian fail di tempat kerja nanti.

Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment