Praktikal Minggu KeEmpat (8 Julai - 12 Julai)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk 4 minggu saya menjalani praktikal di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah berkenaan dengan 5S iaitu melabel fail dan buku di stor alat tulis. Menyusun  fail-fail di tempat yang telah disediakan dan menyusun stok alat tulis mengikut jenis di tempat yang telah disediakan. Selain itu, fotostat kertas untuk kegunaan pejabat. 

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengaplikasikan amalan 5S di pejabat dan mengetahui cara penggunaan mesin fotostat.

Impak dan kesannya, setelah memasuki alam pekerjaan kelak, kita haruslah pandai mengaplikasikan amalan 5S.

Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment