Objektif Latihan Industri & Objektif Laporan Latihan Industri

Objektif utama Latihan Industri adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi selepas tamat pengajian kelak. Ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pekerjaan sebenar yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi dan menilai kebolehan pelajar.

Antara tujuan lain Latihan Industri boleh dinyatakan seperti berikut:
  1. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar.
  2. Menambah pengalaman pelajar dalam bidang pekerjaan berkenaan agar mereka tidak terasing dan sentiasa berkeyakinan diri apabila menceburi alam pekerjaan kelak.
  3. Memberi peluang kepada pelajar mengaitkan teori-teori praktikal dengan modul yang telah dipelajari di Politeknik.
  4. Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru.
  5. Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi.
  6. Menanamkan sifat amanah dan bertanggungjawab.
_________________________________________________________________________________


Objektif utama laporan Latihan Industri adalah untuk merekod / mencatat tugasan yang telah diberi ke dalam jurnal refleksi. Buku laporan tersebut berperanan sebagai rujukan pada masa hadapan. Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dipertimbangkan melalui laporan yang dibuat oleh pelajar.

Buku jurnal refleksi juga menjadi bukti kepada latihan dan tugasan yang telah diberi. Setiap tugasan yang diberi dan dilakukan oleh pelajar akan direkodkan ke dalam buku jurnal. Dengan hasilnya buku tersebut, pihak politeknik dan firma dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi yang ditonjolkan oleh pelajar. Laporan yang baik boleh digunakan dalam temuduga kerjaya.





No comments:

Post a Comment