Praktikal Minggu Pertama (17 Jun - 21 Jun)

Assalamualaikum..
Pada minggu pertama, mereka telah memberi penerangan dan pengenalan bagaimana cara mereka menjalankan tugas. Di sini mereka melaksanakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa dan ceria. Amalan ini juga meningkatkan motivasi dan memperkukuhkan amalan kerjasama serta budaya kerja positif dan berkualiti serta membentuk dan mempamerkan imej organisasi yang lebih efisyen dan produktif. Segala penerangan boleh dirujuk di Buku Panduan Amalan 5S.


Buku Panduan Amalan 5S
 Tugasan yang diberi adalah menyusun kertas mengikut jenis di stor. Kertas A4 putih dan berwarna diasingkan bagi memudahkan pencarian. Merekod Laporan Kedatangan Kakitangan MPBP bagi bulan Mei 2013 serta memasukkan data laporan ke dalam komputer.

"Key-in" data Laporan Kedatangan Bulan Mei
Tugasan seterusnya ialah fotostat kertas dan merekod setiap kemasukan barang ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang (Tatacara Pengurusan Stor 43). Kemudian, merekod dan menyusun Laporan Pengawal yang bertugas menjaga keselamatan bangunan dan memasukkan laporan tersebut ke dalam fail mengikut tarikh dan bulan. Mengemaskinikan fail-fail di stor dengan menyusun di tempat yang telah disediakan dan dilabelkan. Merekod aduan-aduan daripada pengadu ke dalam Borang Aduan dan diserahkan kepada bahagian atau unit yang berkenaan. Membantu dalam melaksanakan amalan 5S seperti mengemas pejabat. Untuk pengetahuan, di MPBP pada setiap hari Jumaat akan mengadakan Budaya Al-Quran untuk kakitangan MPBP dan pelajar praktikal pada waktu pagi.
Kemahiran yang saya pelajari pada minggu pertama ialah cara penyusunan fail-fail dan barang-barang pejabat dengan kemas dan tersusun, mengetahui cara penggunaan mesin fotostat dan mengaplikasikan amalan 5S supaya persekitaran di tempat kerja ceria dan selamat.

Impak dan kesannya, saya telah mempelajari dan mengetahui bagaimana cara perlaksanaan kerja dijalankan.

Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment