Praktikal Minggu KeDuabelas (2 Sept - 6 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 12 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam dan diserahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut. Mengira transaksi stok alat tulis, merekod barang ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang (Tatacara Pengurusan Stor 143) dan membuat Laporan Kehadiran Bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai.

Laporan Kehadiran Bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai

Lampiran kehadiran bertugas bagi bulan Mei, Jun dan Julai 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara mengira transaksi stok alat tulis dan mengetahui cara merekod Borang Terimaan Barang-Barang.

Impak dan kesannya, sebarang transaksi keluar masuk barang perlulah direkod untuk memudahkan proses penyemakkan stok.

Terima kasih ^^

No comments:

Post a Comment