Praktikal Minggu KeEnam (22 Julai - 26 Julai)


Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 6 saya menjalani latihan industri di MPBP ini. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini adalah mengemaskinikan Laporan Jaga Keselamatan bulan Julai 2013 dan memasukkan laporan tersebut ke dalam fail Laporan Jaga Keselamatan mengikut tarikh dan bulan. Mengaplikasikan amalan 5S dan melabel rak-rak fail di stor.

Tugasan seterusnya, menyemak dan mengecop kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (Kadar Bayaran Elaun Perjalanan Petugas-Petugas Pilihan Raya Umum secara Lump Sum) untuk diberikan kepada YDP Majlis Daerah Batu Pahat untuk pengesahan. 

Menyemak Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan

Cop untuk pengesahan di bahagian Surat Perlantikan

Cop untuk pengesahan
Selain itu, menghadari Budaya Al-Quran pada hari Jumaat pagi dan memasukkan data kehadiran Budaya Al-Quran Bulanan.

Kehadiran Budaya Al-Quran 
 Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara mengemaskinikan Laporan Jaga Keselamatan ke dalam fail, mengetahui cara membuat pengesahan bagi Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri dan cara memasukkan data kehadiran Budaya Al-Quran Bulanan.

Impak dan kesannya, sebarang permohonan atau borang yang memerlukan pengesahan perlulah disemak dahulu butir-butirnya bagi mengelakkan berlakunya kesalahan.

Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment