Praktikal Minggu KeSepuluh (19 Ogos - 23 Ogos)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 10 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini adalah merekod kedatangan kakitangan MPBP bagi bulan Julai 2013 dan merekod data kedatangan kakitangan MPBP.

Selepas merekod kedatangan kakitangan MPBP, masukkan data ke dalam komputer 
Kemudian, menghantar fail mesyuarat ke jabatan lain, fotostat Borang Aduan Awam dan serahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Merekod kad kawalan stok alat tulis bagi keluar masuk barang dari kad petak (kad hijau). Selepas merekod, mengira transaksi stok alat tulis supaya segala keluar masuk barang seimbang dengan kos yang dibelanjakan untuk membeli barang alat tulis.

Merekod kad kawalan stok alat tulis

Mengiran transaksi stok alat tulis
Tugasan seterusnya, mengambil barang di stor majlis, menyemak Pembayaran Elaun Petugas Polis Pengiring KTM PRU-13 dan menyisihkan alat tulis yang tidak boleh digunakan atau rosak.

Senarai nama Petugas Polis Pengiring KTM (HONORARIUM) PRU-13

Menulis setiap nama petugas di sampul surat 
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah saya lebih mengetahui cara merekod kad kawalan stok bagi keluar masuk stok alat tulis, mengetahui cara mengira transaksi stok alat tulis dan mengetahui cara menyisihkan alat tulis yang tidak boleh digunakan atau rosak.

Impak dan kesannya, keluar masuk barang atau stok alat tulis mestilah direkod ke dalam kad kawalan stok kemudian mengira transaksi stok untuk mengetahui jumlah kuantiti dan harga keluar masuk barang.

Terima Kasih ^^

No comments:

Post a Comment