Praktikal Minggu KeLimabelas (23 Sept - 27 Sept)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 15 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat Borang Aduan Awam serta lampirannya dan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Fotostat dan "binding" buku lawatan Mesyuarat Penuh ke Kuching, Sarawak serta fotostat keratan akhbar mengenai pasar borong di Batu Pahat untuk lampiran.

Mengira dan merekod stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53) bagi setiap keluar masuk barang di kad petak. Pengiraan dan merekod alat tulis mestilah berpandukan fail Borang Permohonan Stok KEW PS-11, Borang Terimaan Barang-Barang Stok KEW PS-1 (Tatacara Pengurusan 143) dan kad petak (kad hijau).

Fail  KEW PS-11, KEW PS-1 dan Kad Petak
Cara Pengiraan stok alat tulis
Tugasan seterusnya, memasukkan data borang pengesahan penyertaan Mesyuarat Penuh & MBJ MPBP di Kuching, Sarawak dan mencari maklumat pekerja MPBP untuk insurans penerbangan ke Kuching. Kemudian menghantar faks ke Passage Tours & Travel Sdn. Bhd. dan membuat pengesahan faks yang dihantar telah diterima.

Senarai peserta Lawatan Mesyuarat Penuh ke Kuching, Sarawak
Seterusnya, menghadiri budaya Al-Quran pada Jumaat pagi. Memasukkan data kehadiran mengaji bagi bulan Julai 2013.

Kehadiran mengaji bulan Julai 2013

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara menguruskan insurans penerbangan ke Kuching, Sarawak dan mengetahui cara pencarian maklumat pekerja MPBP.


Impak dan kesannya, setiap pengurusan kerja yang dijalankan mestilah betul dan tepat.

Terima kasih ^^





No comments:

Post a Comment