Praktikal Minggu KeEnambelas (30 Sept - 4 Oktober)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 16 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah fotostat dan "binding" buku plan Taman Bukit Perdana, Batu Pahat dan diserahkan kepada pembantu Yang Dipertua Batu Pahat. Fotostat borang Aduan Awan dan lampirannya dan diserahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

Borang Aduan Awam 
Tugasan seterusnya, mengira dan merekod stok alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53) bagi setiap keluar masuk barang di kad petak. Pengiraan dan merekod alat tulis mestilah berpandukan fail Borang Permohonan Stok KEW PS-11, Borang Terimaan Barang-Barang Stok KEW PS-1 (Tatacara Pengurusan 143) dan kad petak. Memasukkan kad hari lahir dan menampal nama petugas yang lahir pada bulan Oktober.

Kad Selamat Hari Lahir
Merekod kehadiran mengaji bulan Ogos 2013 dan mengemaskinikan kehadiran bagi bulan sebelumnya yang belum lengkap.

Kehadiran Mengaji bulan Ogos 2013

Menghantar kertas Laporan Prestasi Pembekal kepada Puan Ani binti Saram di Jabatan Perlesenan. Menghadiri Budaya Al-Quran pada Jumaat pagi. Kemudian, menghadiri Mesyuarat Jabatan Khidmat Pengurusan.
Mesyuarat Jabatan Khidmat Pengurusan
Nota trengkas digunakan dalam mesyuarat

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara pengiraan dan cara merekod stok alat tulis bagi setiap keluar masuk barang. Mengetahui cara pelaksanaan mesyuarat dijalankan.


Impak dan kesannya, setiap pengiraan stok mestilah tepat dan jelas bagi memudahkan pengurusan stor dijalankan. Apabila menghadiri mesyuarat, hendaklah kita hadir sebelum mesyuarat dijalankan.
Terima Kasih ^^





1 comment: