Praktikal Minggu KeSembilanBelas (21 Oktober - 25 Oktober)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 19 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah merekod keluar masuk alat tulis di kad kawalan stok (Tatacara Pengurusan Stor 53) dari kad petak.

Kad Petak & kad kawalan stok (Tatacara Pengurusan Stor 53)
Seterusnya, racik kertas yang tidak boleh diguna pakai dengan menggunakan mesin peracik kertas.

Mesin Peracik Kertas
Tugasan seterusnya, fotostat surat permohonan panjar wang runcit, fotostat Borang Aduan Awam serta lampirannya dan diserahkan kepada jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut. Menghantar memo kehadiran Majlis Taklimat daripada Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) Cawangan Johor Bahru kepada pekerja yang terlibat dan saya telah menghadiri taklimat tersebut.

Memo Majlis Taklimat daripada KIST 
Kemudian, membuat minit mesyuarat perjumpaan Y.B. Tuan Haji Ayub Bin Jamil bersama YDP MPBP sesi 2. Menghadiri Budaya Al-Quran pada Jumaat pagi.

Minit Mesyuarat Sesi 2
Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui format penulisan untuk membuat minit mesyuarat.

Impak dan kesannya, setiap penulisan minit mesyuarat yang telah dibuat mesti dirujuk semula kepada orang yang lebih berpengalaman supaya tiada berlakunya kesalahan.

Terima kasih ^^



No comments:

Post a Comment