Dapatan & Cadangan

Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat latihan industri ingin memberi dapatan dan cadangan untuk Majlis Perbandaran Batu Pahat ini supaya dapat membangun dengan lebih maju. Kemungkinan juga ia dapat memperbaiki dan memberi kemudahan dan keselesaan bagi semua pihak serta boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.

Dapatan

Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya mengenai pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan industri di Majlis Perbandaran Batu Pahat, pelatih memperolehi banyak manfaat dan pengalaman baru yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ini juga adalah satu lagi kelebihan yang ada di politeknik berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.

Dalam tempoh 6 bulan, saya amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff tidak kira apa jua pangkat. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari minggu pertama hingga minggu ke-20, telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kelemahan yang ada disamping mempertajamkan lagi teori yang dipelajari di Politeknik.

Terdapat beberapa pendapat atau pandangan yang hendak saya berikan. Antaranya ialah :-
  1. Kelemahan yang perlu diatasi dari segi penyimpanan maklumat atau rekod. Di sini, penyimpanan maklumat atau rekod masih lagi menggunakan sistem tradisional iaitu dengan menggunakan kertas atau sistem manual dalam urusan mereka terutama ketika merekod sesuatu urusniaga seperti tempahan barang-barang, pengurusan stor, dan urusan dengan kakitangan seperti pemohonan cuti, kehadiran kakitangan dan sebagainya.
  2. Pengurusan kunci-kunci pejabat dan stor MPBP. Terdapat beberapa kunci yang tidak dilabel dan tempat penyangkut kunci yang kecil.
_________________________________________________________________________________

Cadangan

Latihan Industri yang telah dijalankan di sini amatlah saya hargai. Dengan ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang. Antaranya :-

  1. Untuk menjadikan MPBP sebagai satu organisasi yang sentiasa mengikut perkembangan semasa, firma ini perlu menukar segala urusan mereka kepada sistem automasi yang berasaskan komputer dimana segala maklumat disimpan secara di dalam server yang telah pun diwujudkan. Ini akan menjimatkan penggunaan kertas. 
Satu sistem maklumat perlu dibangunkan untuk merekod segala urusan seperti pengurusan stor, kehadiran kakitangan MPBP, permohonan cuti dan sebagainya. Di mana sistem maklumat ini perlu mengandungi maklumat kakitangan, maklumat tempahan, kemudahan dan sebagainya. Saya percaya pihak ICT boleh mempertimbangkan cadangan ini demi kemudahan kakitangan MPBP dan dengan sistem automasi ini, segala maklumat dapat diurus dengan lebih mudah dan tersusun.

2.  Pengurusan kunci-kunci pejabat dan stor MPBP perlu dilabel dengan betul dan tempat gantung kunci yang lebih besar bagi memudahkan pencarian kunci.






1 comment:

  1. Salam, boleh tanya macam mana apply internship di Majlis Daerah Batu Pahat?

    ReplyDelete