Praktikal Minggu KeLapanBelas (14 Oktober - 18 Oktober)

Assalamualaikum..
Kini telah masuk minggu ke 18 saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan yang telah diberi pada minggu ini ialah mengira dan merekod alat tulis (Tatacara Pengurusan Stor 53) bagi setiap keluar masuk barang di kad petak. Pengiraan dan merekod alat tulis mestilah berpandukan fail Borang Permohonan Stok KEW PS-11, Borang Terimaan Barang-Barang Stok KEW PS-1 (Tatacara Pengurusan Stor 143) dan kad petak.

Seterusnya, membantu membuat minit mesyuarat perjumpaan Y.B. Tuan Haji Ayub Bin Jamil bersama YDP MPBP sesi 1.


Minit Mesyuarat Sesi 1
 Menghadiri Budaya Al-Quran pada Jumaat pagi. Kemudian mengira stok alat tulis supaya jumlah stok tersebut sama dengan jumlah yang berada di kad petak. Merekod kemasukan barang atau alat tulis yang baru ke dalam Borang Terimaan Barang-Barang Stok (Tatacara Pengurusan Stor 143).

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah mengetahui cara pengurusan stor alat tulis dan mengetahui cara membuat minit mesyuarat bagi sesi 1.

Impak dan kesannya, setiap perkara / isu yang berbangkit dalam mesyuarat perlu dicatatkan dengan jelas untuk dimasukkan ke dalam minit mesyuarat kerana perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat seterusnya. 

Terima kasih ^^


No comments:

Post a Comment