Praktikal Minggu KeDuaPuluh (28 Oktober - 1 November)

Assalamualaikum..
Minggu ke 20 ialah minggu terakhir saya menjalani latihan industri di MPBP. Tugasan akhir yang telah diberi pada minggu ini ialah merekod keluar masuk alat tulis di kad kawalan stok (Tatacara Pengurusan Stor 53) dari kad petak.

Tugasan seterusnya, merekod barang yang baru masuk 'delivery order' ke dalam borang terimaan barang-barang stok (Tatacara Pengurusan Stro 143).

'Delivery Order' dari pembekal alat tulis
Borang Terimaan Barang-Barang Stok (Tatacara Pengurusan Stor 143)
Selepas merekod borang terimaan barang-barang stok, merekod keluar masuk barang ini di kad petak dan borang ini akan dimasukkan ke dalam fail.


Kad Petak (Tatacara Pengurusan Stor 53)
Kemudian, racik kertas yang tidak boleh diguna pakai dengan menggunakan mesin peracik kertas. Menghantar memo Arahan Penangguhan Kerja kepada pihak berkenaan di Jabatan Bangunan. Fotostat buku Minit Mesyuarat untuk Jabatan Perundangan. Menghadiri Budaya Al-Quran Jumaat pagi.

Kemahiran yang saya dapat pada minggu ini ialah lebih memahami proses pengurusan stor dijalankan.

Impak dan kesannya, setiap pengurusan kerja yang dibuat haruslah dilakukan dengan betul dan teliti supaya tidak ada kesalahan atau masalah yang akan timbul.

Terima kasih ^^

No comments:

Post a Comment